Ikuti Kami:

“Lee Kwangsoo Sebenarnya Tak Kelakar” – Yoo Jaesuk

“Lee Kwangsoo Sebenarnya Tak Kelakar” – Yoo Jaesuk

Umum mengetahui hubungan rapat antara Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo dek keserasian hebat sejak dalam “Running Man” lagi.

Walaupun di mana-mana, pengacara No 1 di Korea itu pastinya tidak akan terlepas menyebut mengenai ‘zirafah’ kesayangan itu. Sama seperti dalam episod terbaru ‘Pinggyego’ di saluran YouTube ‘DdeunDdeun’.

Ketika sedang bersembang mengenai profil pelakon Yoo Yeon-seok, Yoo Jae-suk teringat bahawa dia berada di bawah satu agensi bersama,

Oh.. awak dalam agensi Lee Kwang-soo.

cha taehyun

Nafi Cha Tae-hyun yang turut hadir sebagai tetamu,

Bukan agensi Lee Kwang-soo, ia adalah agensi Yoo Yeon-seok. Apa yang dia popular sangat sampai nak gelar ia sebagai ‘agensi Lee Kwang-soo’.

Tambah Yoo Yeon-seok,

Saya merupakan antara pelakon awal di situ.

lee kwangsoo yoo jaesuk

Dalam perbualan lain, mereka mula bersembang mengenai personaliti Yoo Yeon-seok yang banyak celoteh tak seperti imej dibawanya. Ulas Yoo Jae-suk mengenai Lee Kwang-soo pula,

Lee Kwang-soo tak kelakar, tapi dia pandai melawak dengan badannya.

Tambah Yoo Yeon-seok, lelaki tinggi lampai itu sangat seronok mengusik mengenai umurnya ketika mereka sama-sama muncul dalam program “The Game Caterers” baru-baru ini.

Lee Kwang-soo memang sentiasa akan jadi bahan usikan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...