Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo & Jeon Somin ‘Unfollow’ Satu Sama Lain Di IG, Apa Sudah Jadi?

Lee Kwangsoo & Jeon Somin ‘Unfollow’ Satu Sama Lain Di IG, Apa Sudah Jadi?

Kadang kala, hubungan yang berlangsung hingga bertahun juga pasti akan ada pasang dan surutnya.

Baru-baru ini, peminat “Running Man” telah mengungkap mengenai Lee Kwang-soo dan Jeon So-min yang dilihat tidak mengikuti satu sama lain di Instagram kini.

Bagi yang tidak mengetahui, kedua mereka mula rapat setelah pelakon wanita itu muncul sebagai ahli tetap dalam rancangan berkenaan bermula 2017 dan kemudian bernaung di bawah agensi yang sama, KINGKONG BY STARSHIP.

Pada awalnya mereka dilihat mengikuti akaun satu sama lain, namun tidak lagi selepas beberapa ketika. Ada peminat yang mengatakan bahawa sudah beberapa kali mereka sering mengikuti dan membatalkan ikutan masing-masing namun tiada kesahihannya dan ianya sudah berlanjutan sejak sebelum Lee Kwang-soo meninggalkan “Running Man” lagi.

lee kwangsoo jeon sominPeminat lain juga berbincang dan mengatakan hubungan artis itu tidak boleh dinilai dengan ‘following’ di Instagram sahaja kerana kita tidak mengetahui sejauh mana hubungan keduanya berlangsung dalam dunia nyata.

Malah ada juga yang mengatakan bahawa Lee Kwang-soo dan Song Ji-hyo tidak mengikuti akaun satu sama lain, jadi tiada apa yang nak dihairankan mengenai hal itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...