Ikuti Kami:

“Dia Milik Somin” – Penonton Jelek Lihat ‘Love Line’ Song Jihyo & Yang Sechan Dalam ‘Running Man’

“Dia Milik Somin” – Penonton Jelek Lihat ‘Love Line’ Song Jihyo & Yang Sechan Dalam ‘Running Man’

Sepertinya hubungan ‘love line’ baru yang cuba dicipta dalam “Running Man” mendapat reaksi yang pelbagai.

Dalam episod terbaru “Running Man”, bintang utama “Flex x Cop”, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun telah hadir sebagai tetamu. Yang Se-chan, yang tiba awal di lokasi pembukaan hari itu, mengakui kepada kru produksi bahawa dia terpesona oleh Song Ji-hyo setelah menonton episod sebelum ini. Malah lelaki itu turut mengatakan hal itu kepada ahli lain,

Awak kelihatan sangat cantik dalam televisen. Aku akan mengejarmu. Pasangan terbaik di SBS Entertainment Awards tahun ini adalah Song Ji-hyo dan Yang Se-chan.

running man

Mendengar ini, Song Ji-hyo menjawab,

Saya sedikit tergoda.

Walaupun digelakkan ahli lain, rata-rata peminat meninggalkan komen dengan pandangan sendiri selepas episod itu ditayangkan,

Sudah lah dengan love line ni.. Se-chan milik Jeon So-min.

 

Nampak sangat Yang Se-chan tak ikhlas.

 

Ah, meluatnya tengok.

 

Tak payah bermimpilah Yang Se-chan.

 

Tapi memang Song Ji-hyo kelihatan semakin cantik sejak kebelakangan ini.

 

Pasangan adik-beradik maksudnya?

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...