Ikuti Kami:

“Lee Kwangsoo Dah Lama Keluar ‘Running Man’, Kenapa Sebut Lagi?” – Yoo Jaesuk

“Lee Kwangsoo Dah Lama Keluar ‘Running Man’, Kenapa Sebut Lagi?” – Yoo Jaesuk

Walaupun sudah hampir 3 tahun meninggalkan “Running Man”, namun sepertinya nama Lee Kwang-soo tetap meniti di mulut ahli dan staf produksi rancangan itu.

Untuk episod kali ini, program itu memaparkan perlumbaan istimewa di bawah tema ‘Saya Solo Neraka’ di mana mereka mengambil inspirasi dari rancangan tenu janji popular di ENA iaitu “I’m Solo”.

Oleh itu, pihak produksi memberikan nama timangan buat kesemua ahli dan tetamu iaitu pelakon Han Ji-eun, pelakon Lee Se-hee dan personaliti TV Dex. Merupakan peserta pertama, Yoo Jae-suk diberikan nama samaran ‘Kwang-soo’ iaitu salah satu nama peserta program asalnya.

Melihatkan nama itu, seloroh lelaki tersebut,

Dah berapa lama Kwang-soo tinggalkan kita, kenapa kena sebut dia lagi?

lee kwangsoo yoo jaesuk

Jelas pihak produksi, tema kali ini ialah setiap ahli dan tetamu mempunyai misi untuk mencari pasangan program hiburan mereka sendiri.

Kalau korang nak tahu, Kwang-soo yang dimaksudkan pihak produksi ialah peserta “I’m Solo” dan bukannya Lee Kwang-soo. Kata-kata Yoo Jae-suk tersebut hanyalah untuk menghiburkan suasana.

Teringat Lee Kwang-soo la tu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...