Ikuti Kami:

Entri Kritik Song Jihyo ‘Malas’ Di ‘Running Man’ Tular, Tapi Netizen Beri Respon Tak Dijangka

Entri Kritik Song Jihyo ‘Malas’ Di ‘Running Man’ Tular, Tapi Netizen Beri Respon Tak Dijangka

Sudah 13 tahun ‘berlari’, semestinya pasti akan ada yang lelah dan mencapai had fizikal dan mental masing-masing.

Dalam episod terbaru ini, Song Ji-hyo telah menjadi ketua yang merancang percutian bersama kesemua ahli dipanggil ‘Detox Tour’. Menerusi pelannya, wanita itu mahu mereka berehat dan melarikan diri dari kesibukan kerja di kota.

Menerusi sebuah entri di laman komuniti, seorang individu telah mengkritik Song Ji-hyo yang mengatakan ‘malas’ dan tidak menyertai misi yang dirancangnya sendiri sementara ahli lain bekerja keras.

Semasa ahli lain menjalani misi untuk mencari bahan makanan, dia hanya membaca buku dan tidur sahaja. Malah dia terus bersikap kasar terhadap Ji Suk-jin dan Yang Se-chan sambil membuat muka. Dia baring sahaja nak tak cuba selesaikan misi rahsia sendiri. Masa berbincang dengan pihak produksi pun, ekspresinya tak menyenangkan.

song jihyo running man

Individu yang memuat naik entri ini turut menyelitkan insiden dalam beberapa episod lalu di mana Song Ji-hyo kelihatan duduk bersendirian di tepi dinding sambil mengunyah snek semasa ahli lain menjalani misi.

Walaupun cuba membangkitkan kritikan terhadap pelakon itu, namun entri berkenaan dipenuhi dengan komen netizen yang menyelar individu tersebut,

Kejadian normal apabila kontrak berlakon bersama agensi tamat: Sama ada gosip cinta atau masalah personaliti dibangkitkan. Saya menyokong Song Ji-hyo!

 

Mesti dia tak tengok episod ni.. Song Ji-hyo menyertai pelan yang disediakannya. Dia tak boleh buat apa-apa semasa permainan tambah kelebihan. Dia hanya tidur selepas membantu ahli lain.

 

Siapa yang asyik tulis entri dengan niat jahat ini? Awak tak ada kerja ke?

 

Aduh.. agensi lama buat hal lah ni..

 

Song Ji-hyo, kami sentiasa sokong awak!

song jihyo running man

Pun begitu, tetap ada beberapa suara sumbang yang menyelar mengenai pelakon tersebut kerana kelihatan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai ahli “Running Man”.

Hmmm… semua ada je yang tak puas hati..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...