Utama Drama Korea Lee Junki Kongsi Foto Di Set Penggambaran ‘Arthdal Chronicles 2’

Lee Junki Kongsi Foto Di Set Penggambaran ‘Arthdal Chronicles 2’

lee junki arthdal chronicles

Akhirnya sekuel yang paling dinantikan semua iaitu “Arthdal Chronicles 2” bakal menemui semua tak lama lagi.

Selepas pengumuman bahawa Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung bakal menggantikan Song Joong-ki dan Kim Ji-won, ramai yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan sambungan cerita itu meskipun kecewa kerana teraju utamanya dirombak.

Terbaru, Lee Jun-ki dilihat memuat naik beberapa foto di set penggambaran drama itu menerusi laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 배우 이준기 (@actor_jg)

Meskipun tidak menyatakan secara rasmi namun peminat menebak bahawa foto itu adalah di set penggambaran “Arthdal Chronicles 2” memandangkan suasananya yang sama dengan drama asal.

Tak sabar nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...