Nampaknya, Lee Jun-ho berkemungkinan akan menemui penonton dalam pelbagai drama nanti.
Terbaru pada 10 Jun, Lee Jun-ho telah dilamar untuk membintangi drama “Unwritten Law”. Menurut agensinya JYP Entertainment,
‘Unwritten Law’ adalah salah satu karya yang telah dilamar, dan tiada apa yang telah diputuskan.
Dalam pada itu, Lee Jun-ho telah disahkan akan terajui drama “King The Land” bersama Yoon-A SNSD, yang mengisahkan tentang waris chaebol bernama Goo-won yang tidak tahan dengan senyuman palsu.
Sebelum ini, Lee Jun-ho juga telah membuktikan bakat lakonannya yang hebat, apabila dia dinobat sebagai ‘Pelakon Terbaik’ bagi kategori drama di ‘Anugerah Baeksang 2022’.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Unwritten Law”!