Ikuti Kami:

Lee Jungjae Dilapor Bakal Terajui Siri Baru Star Wars ‘The Acolyte’ Menerusi Disney+

Lee Jungjae Dilapor Bakal Terajui Siri Baru Star Wars ‘The Acolyte’ Menerusi Disney+

Nampaknya, semakin banyak peluang lakonan buat Lee Jung-jae!

Terbaru pada 9 September, satu media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Lee Jung-jae telah dipilih untuk berlakon sebagi watak utama lelaki dalam siri baru Lucasfilm “Star Wars” berjudul “The Acolyte”, yang bakal disiarkan menerusi Disney+.

Bagaimanapun, segala butiran mengenai watak Lee Jung-jae dalam siri ini masih belum didedahkan, dan Disney+ masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini.

lee jungjae

Dalam pada itu, Lee Jung-jae adalah pelakon Korea pertama yang dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Emmy ke-74. Pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah pada 12 September nanti.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai siri “The Acolyte”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...