Ikuti Kami:

Lee Joonhyuk & Han Jimin Dilamar Berlakon Drama Romantik ‘Acquaintances’

Lee Joonhyuk & Han Jimin Dilamar Berlakon Drama Romantik ‘Acquaintances’

Khabarnya Lee Joon-hyuk dan Han Ji-min akan berlakon bersama tak lama lagi!

Menurut laporan media, kedua-dua pelakon itu bakal menerajui drama baru bertajuk “Acquaintances”.

Respon agensi Lee Joon-hyuk,

Memang benar Lee Joon-hyuk ada menerima tawaran untuk membintangi ‘Acquaintances’. Namun, itu merupakan salah satu projek yang diterimanya dan tiada lagi yang boleh disahkan.

Agensi Han Ji-min juga memberikan respon yang seakan sama di mana mereka sedang meneliti tawaran berkenaan.

han jimin lee joonhyuk

“Acquaintances” ialah drama romantik komedi mengenai Kang Ji-yoon, CEO syarikat pencarian kerja yang cemerkap dalam semua perkara kecuali kerja dan berjumpa Yoo Eun-ho, setiausaha yang berkebolehan tinggi.

Lee Joon-hyuk dilamar membawa watak Yoo Eun-ho, seorang ayah tunggal yang memiliki anak perempuan berusia 6 tahun. Dalam pda itu, Han Ji-min pula akan melakonkan watak Kang Ji-yoon iaitu seorang CEO yang dikagumi staf wanita lain.

Harap dorang terima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...