Semua artis ini tampil cantik dan bergaya dalam pakaian serba merah jambu! Siapa agaknya ya…
Satu majlis pelancaran koleksi PINK PP jenama terkenal, Valentino Global, telah diadakan di Seoul Wave Art Center. Turut kelihatan beberapa artis terkenal yang tampil mewarnai majlis dengan peragaan mereka, malah mereka turut menjadi bualan umum sejak itu. Antara artis yang mencuri perhatian adalah, Lee Jong-suk, Gong Hyo-jin dan juga Hwasa MAMAMOO.
Menerusi majlis pelancaran itu, artis yang hadir bukan sahaja memperagakan koleksi terbaru Valentino Global, malah mereka turut berkesempatan membuat ‘runaway’ mereka tersendiri untuk mempamerkan perincian koleksi terbaru.
https://twitter.com/singlesmania/status/1572558595690229762
Semua cantik dan tampan ya!