Mesti ramai penonton dah teruja nak tonton drama comeback Lee Jong-suk iaitu “Big Mouth”, kan?
Untuk pengetahuan, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Ianya turut diterajui Yoon-A, Ok Ja-yeon, Kwak Dong-yeon dan ramai lagi.
Dalam temu bual bersama pelakon utama “Big Mouth”, Lee Jong-suk menjelaskan sebab mengapa dia memilih karya itu sebagai drama pertamanya selepas menamatkan khidmat ketenteraan. Kongsinya,
Saya mempunyai kepercayaan dan persahabatan yang besar dengan pengarah Oh Choong-hwan sehingga saya ingin berseronok bekerja dengannya seperti yang saya lakukan pada masa lalu.
Pelakon itu menambah,
Ironi seorang peguam biasa yang disyaki sebagai penipuan genius adalah sangat menarik. Saya fikir saya boleh menunjukkan sisi baru melalui Park Chang-ho yang berulang-alik antara baik dan jahat untuk terus hidup.
Kemudian, Lee Jong-suk turut mengulas mengenai wataknya sebagai Park Chang-ho dalam “Big Mouth”. Jelasnya,
Sekarang, apabila saya melihat Park Chang-ho, saya rasa dia adalah watak yang sangat kuat berbanding watak biasa. Saya harap penonton akan menyemak apa yang dimaksudkan dengan kekuatan ini melalui siaran.
Jangan lupa tonton “Big Mouth” pada 29 Julai ini menerusi Disney+!