Ikuti Kami:

Lee Jihoon Tak Hadiri Sidang Media ‘Sponsor’ Dek Isu Tunjuk Kuasa & Ditolak Jadi Hero Kedua?

Lee Jihoon Tak Hadiri Sidang Media ‘Sponsor’ Dek Isu Tunjuk Kuasa & Ditolak Jadi Hero Kedua?

Nampaknya semakin banyak persoalan yang timbul mengenai drama “Sponsor” kini.

Terbaru, Lee Ji-hoon yang merupakan antara pelakon utama drama ini disahkan tidak akan menyertai sidang media yang bakal berlangsung pada 23 Februari nanti. Katanya, dia sudah pun mempunyai jadual lain yang tidak dapat dielakkan.

Disebabkan oleh beberapa kontroversi sebelum ini, ramai yang menebak sekiranya ketidakhadiran lelaki itu adalah bagi mengelak daripada diajukan soalan cepumas oleh wartawan.

Kontroversi bermula apabila rakan Lee Ji-hoon dikatakan membuat hal di set penggambaran “Sponsor” apabila bergaduh dengan salah seorang kru. Walaubagaimanapun, Lee Ji-hoon sudah pun menjelaskan salah faham yang timbul dan telah berbaik dengan kru yang terlibat.

lee jihoon sponsor

Tak lama kemudian, timbul pula cerita bahawa pelakon itu tidak sebulu dengan penulis asal drama berkenaan hingga menyebabkan penulis asal dan beberapa staf lain digantikan dengan yang baru. Katanya, Lee Ji-hoon tidak berpuas hati dengan jumlah babak yang melibatkannya. Pun begitu, hal tersebut telah diselesaikan antara mereka dan lelaki itu sekali lagi memohon maaf.

Selepas “Sponsor” ditunda selama 2 bulan daripada tarikh asal tayangan, penonton sekali lagi dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan Lee Ji-hoon sudah ‘diturunkan pangkat’ kepada hero kedua apabila syarikat produksi Victory Contents mempromosikan drama itu dengan menggunakan gambar Han Chae-young dan Koo Ja-sung.

koo jasung han chaeyoung

Walaubagaimanapun, tiada penjelasan lanjut yang dibuat mengenai perubahan berkenaan sehingga kini.

Oleh kerana Lee Ji-hoon tiba-tiba mengumumkan bahawa dia tidak akan menyertai sidang media “Sponsor”, ramai yang meneka bahawa ia berkaitan dengan kesemua kontroversi ini.

Korang rasa sebab apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...