Ikuti Kami:

Lee Jangwoo Akui Sedang Bercinta Bersama Pelakon Baru Jo Hyewon

Lee Jangwoo Akui Sedang Bercinta Bersama Pelakon Baru Jo Hyewon

Kita mulakan hari ini dengan berita gembira dalam dunia hiburan Korea!

Menurut laporan media, Lee Jang-woo yang popular dek lakonan dan juga personaliti menarik dalam rancangan hiburan disahkan bercinta dengan pelakon baru Jo Hye-won.

Khabarnya, mereka menyambung hubungan cinta dari senior-junior ke pasangan yang menyokong satu sama lain atas sebab percaya.

Wakil Lee Jang-woo berkata,

Mereka tidak menyembunyikan hubungan mereka malah mereka tampil yakin di hadapan rakan sekerja lain.

lee jangwoo jo hyewon

Respon agensi pelakon lelaki itu,

Mereka berdua menjalinkan hubungan menerusi urusan kerja dan sedang bercinta sebagai senior dan junior.

Untuk pengetahuan, Jo Hye-won berdiri di ketinggian 172cm dan memiliki persona nusantara. Dia merupakan alumni Universiti Wanita Sungshin dan memulakan karier lakonan menerusi filem “Breath My Soul” pada 2016. Antara drama lain yang pernah disertainya ialah “Military Prosecutor Doberman” dan “Queen Maker”.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...