Ikuti Kami:

Selepas 10 Tahun ‘We Got Married’, Eunjung Bekas T-ARA Bergandingan Semula Dengan Lee Jangwoo

Selepas 10 Tahun ‘We Got Married’, Eunjung Bekas T-ARA Bergandingan Semula Dengan Lee Jangwoo

Peminat K-Pop dari zaman 90-an, pasti masih mengingati rancangan hiburan ‘We Got Married” kan? Kali ini, terdapat sepasang pasangan daripada rancangan tersebut, katanya bakal bertemu semula… siapa ek?

Kalau ada yang mungkin lupa, rancangan ini merupakan satu rancangan simulasi perkahwinan yang menampilkan beberapa artis yang akan menjadi pasangan dan berinteraksi seperti orang yang sudah berkahwin. eunjungTerbaru, pasangan yang sebelum ini pernah tampil dalam rancangan “We Got Married” iaitu Hahm Eun-jung ataupun lebih dikenali sebagai Eun-jung T-ARA, bakal membuat penampilan sulungnya selepas hampir 10 tahun, bersama pelakon Lee Jang-woo.

Mereka berdua bakal tampil dalam satu rancangan hiburan siaran tvN, “Woontan Godo Village Hotel”, yang diacarakan oleh Lee Jang-woo, Um Hong-gil dan Jeong Bo-seok. Eun-jung dan Lee Jang-woo sebelum ini pernah menjadi pasangan “We Got Married” pada tahun 2011 sehingga 2012.

Kalau korang nak tahu, satu video teaser untuk rancangan hiburan “Woontan Godo Village Hotel” telah mula disiarkan.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...