Meskipun drama “Alchemy of Souls” sudah lama melabuhkan tirainya namun, persahabatan antara para pelakon masih kekal utuh sehingga kini.

Terbaru pada 7 Februari, Lee Jae-wook telah berkongsi di Instagram beberapa fotonya yang diambil dengan Shin Seung-ho di Bangkok, Thailand.
Tulis pelakon itu,
Perjalanan di Bangkok bersama putera mahkota.
Menarik perhatian, Lee Jae-wook juga turut menyiarkan fotonya tidak memakai baju di dalam kolam renang, memaparkan bahunya yang luas dan menawan.
View this post on Instagram
Selain itu, apa yang buat penoton “Alchemy of Souls” lebih teruja, Go Youn-jung dilihat menekan butang ‘like’ di entri tersebut meskipun dia tidak mengikuti akaun Instagram Lee Jae-wook.
Amboih dorang ni.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉