Ikuti Kami:

Lee Jaewook, Jang Seungjo & Ramai Lagi Dilamar Sertai Seo Inguk Dalam ‘Death’s Game’

Lee Jaewook, Jang Seungjo & Ramai Lagi Dilamar Sertai Seo Inguk Dalam ‘Death’s Game’

Nampaknya, akan ada ramai pelakon hebat akan membuat penampilan istimewa dalam drama “Death’s Game”!

Untuk maklumat, “Death’s Game” ialah drama penjelmaan semula fantasi berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama. Ia mengikuti seorang individu dalam krisis yang mengulangi kematian dan penjelmaan semula.

Sebelum ini, pelakon seperti Seo In-guk, Park So-dam dan Go Youn-jung telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama berkenaan.

drama death's game

Terbaru, Jang Seung-jo, Lee Jae-wook, Choi Si-won dan Sung Hoon turut menerima tawaran untuk membuat penampilan istimewa sebagai kameo dalam drama yang sama dan sedang menelitinya kini.

Untuk pengetahuan, keempat-empat pelakon ini akan tampil sebagai versi penjelmaan semula watak Seo In-guk.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...