Selepas ”Alchemy of Souls”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Go Youn-jung yang seterusnya, kan?
Terbaru, Go Youn-jung dilaporkan akan membintangi drama “Death’s Game”, yang telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada Februari nanti.
Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Go Youn-jung menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Death’s Game’ dan sedang menyemaknya secara positif kini.
Sebelum ini, Seo In-guk dan Park So-dam turut dilamar untuk terajui drama yang sama dan juga sedang menelitinya.
Untuk pengetahuan, “Death’s Game” ialah drama penjelmaan semula fantasi berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama. Ia mengikuti seorang individu dalam krisis yang mengulangi kematian dan penjelmaan semula.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉