Adakah penonton akan dapat lihat gandingan Seo In-guk bersama Park So-dam dalam drama baru pada tahun ini?
Terbaru, agensi Seo In-guk dan Park So-dam telah mengumumkan bahawa kedua pelakon itu telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama baru berjudul “Death’s Game”.
Kami telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama JTBC ‘Death’s Game’ dan sedang menyemaknya secara positif kini.
Untuk pengetahuan, “Death’s Game” mengisahkan tentang orang muda yang mati dan memulakan kehidupan baru mereka dengan kekecewaan.
Jika dia menerima tawaran ini, Seo In-guk akan memegang watak sebagai Choi Yi-jae, yang mengambil nyawanya sendiri dan kemudian menjelma semula dengan 13 nyawa.
Sebelum ini, Kang Ha-neul telah ditawarkan untuk memainkan watak utama lelaki dalam drama yang sama namun, dia menolaknya.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉