Ikuti Kami:

Lee Jaewook & Choi Sungeun Dilapor Akan Terajui Drama Romantik Baru ‘Last Summer’

Lee Jaewook & Choi Sungeun Dilapor Akan Terajui Drama Romantik Baru ‘Last Summer’

Nampanya, Lee Jae-wook berkemungkinan akan digandingkan bersama Choi Sung-eun dalam sebuah drama!

Terbaru, media melaporkan bahawa Lee Jae-wook dan Choi Sung-eun akan terajui drama baru berjudul “Last Summer”. Namun, tiada respon dari agensi mereka lagi setakat ini.

Untuk pengetahuan, “Last Summer” akan menggambarkan cinta tiga dimensi antara seorang wanita yang benci musim panas, dan seorang lelaki yang setiap hari menunggu musim panas. Mereka kembali berjumpa selepas 2 tahun dan melengkapkan kisah percintaan mereka.

lee jaewook choi sungeun

Jika Lee Jae-wook menerima tawaran ini, dia dijangka akan membawa watak sebagai seorang arkitek Baek Do-ha manakala Choi Sung-eun pula akan tampil sebagai Song ha-kyung, seorang penjawat awam di jabatan pembinaan.

Sementara itu, “Last Summer” juga dilapor telah selesai memilih barisan pelakon dan akan memulakan sesi pembacaan skrip serta penggambaran tak lama lagi.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...