Ikuti Kami:

Choi Sungeun Akui Lebih Selesa Berlakon Dengan Song Joongki Berbanding Ji Changwook? Ini Sebabnya

Choi Sungeun Akui Lebih Selesa Berlakon Dengan Song Joongki Berbanding Ji Changwook? Ini Sebabnya

Walaupun masih baru dalam industri lakonan, Choi Sung-eun sangat beruntung kerana dapat berlakon dengan pelakon hebat seperti Ji Chang-wook dan Song Joong-ki!

Terbaru dalam sesi temu bual untuk filemnya “My Name Is Loh Kiwan”, Choi Sung-eun ada bercakap mengenai hubungannya dengan Song Joong-ki ketika di set rakaman,

Sebelum filem ini, saya tak pernah memanggil pelakon yang lebih tua atau pelakon yang lebih berpengelaman dengan panggilan ‘Oppa’.

Sambungnya lagi dengan bercakap tentang rakaman drama “The Sound of Magic” bersama Ji Chang-wook,

Walaupun dengan Ji Chang-wook, saya memanggilnya ‘sunbae’ kerana menghormati. Saya rasa saya bukan seseorang yang mudah untuk tidak menggunakan formaliti.

choi sungeun

Kemudian, Choi Sung-eun turut berkongsi dia menjadi semakin rapat dengan Song Joong-ki selepas memanggilnya ‘Oppa’,

Syukurlah, Song Joong-ki suruh saya relax dan tidak suruh saya untuk memanggilnya ‘sunbae’ semasa pertemuan pertama kami. Tidak menggunakan formaliti itu sangat membantu untuk membuatkan kami jadi lebih rapat. Saya amat berterima kasih atas peluang ini.

Sebab tu la ramai seronok berlakon dengan Song Joong-ki kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...