Ikuti Kami:

Lee Jaewook Akui Cemburu Lihat Go Younjung Bekerja Dengan Pelakon Lain, Tapi Kenapa?

Lee Jaewook Akui Cemburu Lihat Go Younjung Bekerja Dengan Pelakon Lain, Tapi Kenapa?

Baru-baru ini, teraju utama “Alchemy of Souls: Light and Shadow” iaitu Lee Jae-wook dan Go Youn-jung, telah terlibat dengan pengggambaran dan temu bual bersama majalah ELLE Korea.

Ketika sesi temu bual, kedua pelakon itu ditanya tentang apa yang mereka harapkan antara satu sama lain, sebelum memulakan penggambaran. Go Youn-jung menjawab,

Saya tahu Jae-wook seorang pelakon yang hebat, tetapi dia menunjukkan prestasi luar jangkaan di set. Pada awalnya, saya terkejut dengan kematangannya tetapi bila lama-lama, saya terkejut dengan betapa comelnya dia.

Lee Jae-wook turut menjawab dengan berkata,

Bukan mudah untuk saya menyesuaikan watak mengikut cerita yang berlaku tiga tahun kemudian, jadi ia pasti lebih sukar untuk Go Youn-jung. Tetapi dia menelefon saya terlebih dahulu untuk berlatih skrip. Saya kagum dengan semangatnya.

go younjung lee jaewook

Memandangkan “Alchemy of Souls” adalah sebuah drama gabungan aksi, fantasi dan percintaan, Lee Jae-wook dan Go Youn-jung mengaku bahawa babak aksi adalah adegan yang paling sukar untuk dilakukan. Go Youn-jung berkata,

Kami muncul bersama dalam banyak babak, dan situasi kami agak serupa, jadi saya banyak bergantung kepadanya. Jadi apabila Lee Jae-wook membuat penggambaran dengan orang lain yang bukan saya, saya tertanya-tanya sama ada dia baik-baik saja.

Turut bersetuju dengan apa yang Go Youn-jung katakan, Lee Jae-wook menambah,

Kami benar-benar membina ikatan. Malah ada kalanya saya cemburu. Saya ingin adegan yang diambilnya bersama saya adalah yang paling cantik dan paling menyayat hati dalam drama itu.

alchemy of souls light and shadow

Memang mantap kan keserasian Lee Jae-wook dengan Go Youn-jung dalam drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...