Ada tak yang tengah seronok layan “Alchemy of Souls: Light and Shadow” sekarang?

Untuk pengetahuan, “Alchemy of Souls: Light and Shadow” merupakan sambungan untuk bahagian pertama, yang mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya.
Sudah 4 episod bersiaran, penonton nampaknya masih setia menantikan plot yang dibawa drama berkenaan memandangkan ia berjaya duduki No. 1 dalam ranking Top 10 Rancangan TV Netflix di beberapa negara Asia seperti Thailand, Singapore, Filipina, Indonesia dan termasuklah Malaysia sendiri.
https://twitter.com/leejaewookstyle/status/1604841459525775361?s=20&t=cWeS_OZgyIMXHpJoiu_rxQ
Dalam pada itu, episod ke-4 “Alchemy of Souls: Light and Shadow” telah meraih rating sebanyak 8.5% di seluruh negara, mencatatkan rating peribadi tertinggi untuk musim baru ini.
Jangan lupa tonton “Alchemy of Souls: Light and Shadow” bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.