Umum pasti mengetahui bahawa Rowoon, Kim Hye-yoon dan Lee Jae-wook pernah sama-sama membintangi drama “Extraordinary You”, yang ditayangkan pada 2019.
Baru-baru ini, Lee Jae-wook dan Kim Hye-yoon telah muncul dalam episod terbaru program “House on Wheels 4”, bagi memberi sokongan buat Rowoon SF9.
Dalam siaran tersebut, ketiga-ketiga mereka bersama Sung Dong-il duduk di sekeliling api dan berborak pengalaman mereka dalam hidup. Kemudian, Sung Dong-il ada bertanya,
Apa yang awak rasa lebih penting dalam hidup awak, perkahwinan atau kerjaya lakonan?
Tanpa teragak-agak, Kim Hye-yoon menjawab,
Lakonan lebih penting bagi saya.
Manakala Lee Jae-wook dan Rowoon memilih perkahwinan berbanding kerjaya mereka. Jelas Lee Jae-wook mengenai pilihannya itu,
Saya akan berasa terlalu sedih dan kecewa jika saya terpaksa menjalani seluruh hidup saya tanpa pasangan saya. Saya perlukan seseorang yang boleh menyayangi saya apa adanya, supaya kita boleh menjadi tua bersama dan menyokong satu sama lain apabila hidup memberi kita masa yang sukar.
Tambah pelakon “Alchemy of Souls” itu lagi,
Dan jika kami mempunyai anak bersama, saya fikir hubungan itu akan menjadi lebih kuat.
Wah, siapalah agaknya yang dapat rebut hati Lee Jae-wook..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.