Nampaknya, akan ada ramai pelakon hebat bakal muncul dalam drama “Death’s Game”!
Untuk pengetahuan, “Death’s Game” yang diterajui Seo In-guk dan Park So-dam, ialah drama penjelmaan semula fantasi berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama. Ia mengikuti seorang individu dalam krisis yang mengulangi kematian dan penjelmaan semula.
Sebelum ini, Jang Seung-jo, Lee Jae-wook, Choi Si-won dan Sung Hoon telah menerima tawaran untuk membuat penampilan istimewa sebagai kameo dalam drama tersebut dan sedang menelitinya kini.
Terbaru pada 16 Mac, Lee Do-hyun juga dilapor akan membuat penampilan istimewa dalam drama yang sama, sebagai versi penjelmaan semula watak Seo In-guk.
Tidak lama kemudian, agensinya memberi respon,
Lee Do-hyun ditawarkan untuk membuat penampilan istimewa dalam drama baru ‘Death’s Game’ kerana hubungannya dengan pengarah, dan dia secara positif menyemak tawaran itu.
Sementara itu, “Death’s Game” akan diarahkan oleh Ha Byung-hoon, yang pernah bekerjasama dengan Lee Do-hyun dalam “18 Again”.
Fuh, semua pelakon hebat ni!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉