Ikuti Kami:

Lee Chaemin & Roh Jeongeui Dilamar Terajui Drama Netflix Remaja ‘Hierarchy’

Lee Chaemin & Roh Jeongeui Dilamar Terajui Drama Netflix Remaja ‘Hierarchy’

Selepas “Crash Course in Romance”, nampaknya makin ada banyak tawaran lakonan buat Lee Chae-min kini.

Terbaru, Lee Chaemin dilapor akan bergandingan Roh Jeong-eui dalam drama Netflix baru berjudul “Hierarchy”.

Tidak lama kemudian, kedua-dua agensi pelakon itu memberitahu bahawa “Hierarchy” adalah salah satu karya yang diterima dan mereka masih menelitinya kini.

Untuk pengetahuan, “Hierarchy” akan menggambarkan kisah yang berlaku di Sekolah Menengah Jooshin, yang menawarkan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi terbaik di Korea, di mana 0.01% kanak-kanak bijak dikumpulkan. Ia adalah drama remaja yang penuh dengan cinta, cemburu, dendam dan belas kasihan.

lee chaemin roh jeongui

Selain itu, pihak produksi bagi drama ini iaitu Studio Dragon turut melaporkan,

Jadual belum diputuskan lagi mengenai drama ini.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai siri Netlix “Hierarchy”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...