Ikuti Kami:

“Mereka Pandai Berlakon” – Lee Chaemin Pilih Kim Soohyun & 2 Pelakon Ini Sebagai ‘Role Model’

“Mereka Pandai Berlakon” – Lee Chaemin Pilih Kim Soohyun & 2 Pelakon Ini Sebagai ‘Role Model’

Selepas tampil dalam “Crash Course in Romance”, pelakon Lee Chae-min semakin mendapat perhatian ramai peminat K-Drama kini.

Terbaru, Lee Chae-min telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama berkenaan.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu bercakap tentang popularitinya yang semakin meningkat naik selepas membintangi “Crash Course in Romance”. Jelasnya,

Bohong jika saya katakan saya tidak merasai pengiktirafan selepas muncul dalam ‘Crash Course in Romance’. Ada orang yang mengenali saya ketika saya lalu dan lebih ramai orang menonton kami secara langsung.

Kemudian, Lee Chae-min sebagai seorang bintang baru yang mula menjinak dalam dunia lakonan, turut berkongsi tentang siapakah pelakon idolanya,

Secara peribadi, saya amat menghormati pelakon Kim Soo-hyun, Lee Byung-hun dan Kim Woo-bin.

lee chaemin kim soohyun leebyunghun kim woobin

Dia menyatakan sebabnya,

Saya menghormati mereka kerana mereka adalah pelakon senior yang begitu pandai berlakon dan saya berpendapat bahawa tugas pelakon itu sepatutnya menarik hanya apabila orang itu sendiri menarik. Sehubungan itu, banyak perkara yang perlu dicontohi. Mereka adalah ‘role model’ saya kerana mereka adalah pelakon yang saya ingin jadi pada masa hadapan.

Lee Chae-min bakal pelapis pelakon Korea hebat ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...