Ikuti Kami:

Lebih Utamakan Keuntungan, Peminat Protes Tak Nak Konsert Suga BTS Ditayangkan Di Is****

Lebih Utamakan Keuntungan, Peminat Protes Tak Nak Konsert Suga BTS Ditayangkan Di Is****

Lokasi tayangan bagi siaran langsung konsert Suga BTS telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat.

Baru-baru ini, Big Hit Music telah mengumumkan bahawa konsert “Agust D Tour ‘D-Day’ The Movie” akan ditayangkan pada 10 dan 13 April, di beberapa buah panggung wayang di serata dunia.

Meskipun tayangan di pelbagai jenis lokasi sering diterima baik, peminat telah menyedari bahawa Israel turut termasuk dalam senarai lokasi tayangan bagi konsert tersebut.

Perkara itu langsung dikritik oleh peminat serta netizen yang kecewa dengan tindakan syarikat itu yang lebih memilih untuk mengutamakan keuntungan berbanding isu yang sedang terjadi di Palestin.

Malah, mereka turut menggesa HYBE untuk membuang nama negara tersebut dari lokasi tayangan, serta menyuarakan pendirian mereka agar BTS tidak terlibat dengan mana-mana isu atau kaitan dengan Israel.

Tidak berhenti di situ, peminat-peminat kumpulan yang bernaung di bawah HYBE turut melakukan protes di media sosial dengan menggunakan #HYBEDivestFromZionism selepas syarikat tersebut secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap Israel.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...