Ikuti Kami:

Penuhi Permintaan Peminat, Suga BTS Akan Siarkan Konsert ‘Agust D TOUR’ Di Pawagam Seluruh Dunia

Penuhi Permintaan Peminat, Suga BTS Akan Siarkan Konsert ‘Agust D TOUR’ Di Pawagam Seluruh Dunia

Big Hit Music telah mengumumkan bahawa konsert solo Suga BTS iaitu “Agust D TOUR ‘D-DAY'” akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Terlebih dahulu, sebelum menjalani perkhidmatan ketenteraan, ahli BTS tersebut telah mengadakan konsert jelajah dunia di 10 buah bandar terpilih.

Dengan lebih 25 persembahan dari April hingga Jun 2023, konsert tersebut telah dihadiri oleh 290,000 peminat dari seluruh dunia.

Disebabkan mendapat sambutan yang baik, Big Hit telah membuat keputusan untuk menayangkan konsert tersebut secara siaran langsung di panggung wayang serata dunia buat peminat yang tidak dapat hadir ke konsert sebelum ini.

Dalam masa yang sama, konsert tersebut  juga akan menjadi filem BTS pertama yang ditayangkan di teater khas IMAX. Di mana, skrin ultra besar itu dijangka akan membawa keseronokan yang sama, persis seperti berada di konsert sebenar.

Konsert yang dinantikan ramai ini akan ditayangkan di panggung wayang pada 10 dan 13 April ini dan segala maklumat lanjut mengenai lokasi tayangan boleh diperiksa di laman web yang tertera.

Beraya dengan Suga la jawabnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...