Ikuti Kami:

Lebih Menggiurkan, Penampilan Seksi Jungkook BTS Dalam Iklan Terkini Calvin Klein Raih Perhatian Ramai

Lebih Menggiurkan, Penampilan Seksi Jungkook BTS Dalam Iklan Terkini Calvin Klein Raih Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak tahu akan iklan Jung-kook BTS yang telah berjaya mendapat perhatian ramai peminat di seluruh dunia.

Meskipun ahli BTS itu sedang giat menjalankan tugasnya di kem ketenteraan, penyanyi itu telah menghadiahkan peminat dengan video iklan yang baharu.

Terlebih dahulu, penampilan Jung-kook BTS dalam satu iklan Calvin Klein telah mendapat perhatian ramai disebabkan oleh gaya rambut panjangnya yang kelihatan seperti penyanyi rock serta pemakaiannya yang jelas menunjukkan abs ahli BTS tersebut.

jungkook-calvin-klein-ads

Kini, Jung-kook kembali lagi dengan iklan yang baru. Di mana dalam video tersebut, dia telah dilihat menari di atas eskalator sambil menunjukkan abs miliknya sekali lagi.

Dilengkapkan dengan gaya rambut pendek yang lebih kemas serta ekspresi mukanya yang memukau, Jung-kook telah berjaya meraih perhatian ramai dengan aura matang dan seksinya di dalam iklan tersebut.

Sejurus selepas iklan itu dikeluarkan, ianya langsung tular dan berjaya mendapat ribuan tontonan di media sosial.

Malah, iklan itu juga telah dipuji oleh peminat yang rata-ratanya terkejut melihat penampilan terkini ahli BTS tersebut.

Makin ramai la orang beratur nak bergambar dengan iklan Jung-kook dekat kedai Calvin Klein lepas ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...