Ikuti Kami:

Lebih Mendebarkan! ‘The Roundup: Punishment’ Diterajui Ma Dongseok & Kim Muyeol Umum Tarikh Tayangan

Lebih Mendebarkan! ‘The Roundup: Punishment’ Diterajui Ma Dongseok & Kim Muyeol Umum Tarikh Tayangan

Tarikh tayangan bagi filem terbaru Ma Dong-seok iaitu “The Roundup: Punishment” telah diumumkan.

Filem ini mengisahkan tentang seorang detektif bernama Ma Seok-do (Ma Dong-seok) yang perlu menangani kes jenayah dalam talian tanpa sempadan yang diuruskan oleh Baek Chang-ki (Kim Mu-yeol).

Dalam foto teaser yang dikeluarkan, jelas kelihatan tubuh badan sasa Ma Dong-seok yang ditutupi dengan jaket kulit tebal berwarna coklat, sekaligus menunjukkan aura menggerunkan pelakon itu sebagai seorang detektif.

Manakala, di foto teaser kedua pula, Kim Mu-yeol dilihat mengenakan baju kemeja putih yang hanya dibutangkan sehingga paras dada, menunjukkan karakter lelaki tersebut sebagai penjenayah terutamanya dengan tatu yang jelas memenuhi dada serta kedua-dua lengannya.

ma-dongseok-film

Dalam masa yang sama, filem ini akan dijangka akan menggambarkan suasana mendebarkan operasi membanteras jenayah yang diketuai oleh detektif Ma Seok-do bersama dengan pasukan jenayah sibernya.

Filem yang diterajui oleh barisan pelakon terkenal seperti Ma Dong-seok, Kim Mu-yeol, Park Ji-hwan dan Lee Dong-hwi ini akan mula ditayangkan pada 24 April.

Mesti gempak punya filem ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...