Ikuti Kami:

“Lebih Berprofil Tinggi..” – Media US Dikecam Banding Lakonan Jennie & Jisoo BLACKPINK

“Lebih Berprofil Tinggi..” – Media US Dikecam Banding Lakonan Jennie & Jisoo BLACKPINK

Seperti biasa, ada sahaja suara sumbang yang cuba membandingkan perkara yang sebenarnya tak perlu diagah.

Umum mengetahui bahawa Jennie ‘terjun’ ke dalam bidang lakonan buat pertama kalinya menerusi siri HBO “The Idol” dan secara rasmi menyertai dunia Hollywood. Oleh kerana plot yang agak ‘mengundang’, rata-rata peminat Asia memberikan kritikan terhadap pemilihan watak yang terlalu ‘daring’ oleh idola itu.

Pun begitu, kebanyakan media barat melemparkan pujian tak terhingga buat Jennie. Antaranya ialah E!, Vogue Perancis, The Guardian, BuzzFees dan lain-lain mengakui kehadiran Jennie membawa watak Dyanne sebagai ‘luar biasa’, tambahan pula dek tarian ghairah yang tular di serata media sosial.

jennie the idol

Walau bagaimanapun, komen dari The New York Times nyata menjadi perhatian ramai kerana sepertinya media itu seakan-akan membandingkan lakonan Jennie dengan rakan BLACKPINK yang lain iaitu Jisoo.

Peminat BLACKPINK menonton ‘The Idol’, sebuah siri terbaru HBO bagi melihat Jennie berlakon buat pertama kali. Bukan Jennie sahaja ahli yang mencuba bakat dalam lakonan, tapi mungkin dia paling berprofil tinggi.

Dalam konteks The New York Times, mereka sepertinya mengatakan watak Jennie adalah lebih berprofil tinggi berbanding Jisoo lantas menyebabkab kesebalan peminat. Sebelum ini, Jisoo debut sebagai pelakon utama K-Drama “Snowdrop” dan berlakon di samping Jung Hae-in.

jisoo snowdrop

Ada yang mengatakan bahawa tak adil membandingkan antara Jennie dan Jisoo memandangkan mereka membawa watak berbeza selain turut berlakon dalam dua industri yang berlainan iaitu di Korea dan Hollywood.

Malah “Snowdrop” tidak boleh dipandang enteng hanya kerana ia ditayangkan buat pasaran Korea dan Asia Tenggara kerana drama berkenaan diumumkan sebagai drama paling banyak ciapan di Twitter pada 2022.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...