Ikuti Kami:

Lebih Banyak Misi Kelakar, Musim Kedua ‘The Zone: Survival Mission’ Tayang Jun Ini

Lebih Banyak Misi Kelakar, Musim Kedua ‘The Zone: Survival Mission’ Tayang Jun Ini

Nampaknya Disney+ Hotstar menyediakan pelbagai kandungan Korea terbaik buat penonton untuk tahun ini.

Selepas menghiburkan penonton, “The Zone: Survival Mission” disahkan akan kembali dengan musim kedua tak lama lagi.

Seperti musim awalnya, ia akan membawa pelbagai simulasi bencana dalam keadaan ekstrem dan ketiga hosnya iaitu Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation perlu bertindak pantas untuk keluar daripada zon berbahaya itu.

the zone: survival mission 2

Dalam pada itu, Disney+ Hotstar mengesahkan siaran untuk pelbagai kandungan Korea lain seperti drama “Shadow Detective 2” dan “Race” serta program sukan besbol “Full Count”.

Musim kedua “The Zone: Survival Mission” disahkan akan memulakan siaran pada Jun tahun ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...