Siapa layan “The Player 2: Master of Swindlers”?
BACA: Ganti Krystal, Oh Yoonseo Dilamar Terajui ‘Player 2’ Bersama Song Seungheon
Rating untuk episod ke-3 drama tvN itu meningkat kembali ke catatan episod perdana iaitu rekod terbaik drama itu sebanyak 4.2%.
Menurut respon penonton, ramai yang mengatakan bahawa musim kali ini lebih mengujakan dan berdebar berbanding musim pertama. Malah ramai yang memuji penambahan Jang Gyu-ri sebagai salah satu pelakon utama di mana dia menggantikan tempat Krystal.
Dalam pada itu, Song Seung-heon kekal membuktikan bahawa dia merupakan pelakon yang paling sesuai untuk membawa watak sebagai Kang Ha-ri yang mengetuai kumpulan ‘Player’ itu.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.