Ikuti Kami:

Ganti Krystal, Oh Yoonseo Dilamar Terajui ‘Player 2’ Bersama Song Seungheon

Ganti Krystal, Oh Yoonseo Dilamar Terajui ‘Player 2’ Bersama Song Seungheon

Sepertinya drama “Player” bakal kembali dengan musim kedua pada tahun ini!

Dalam laporan terbaru, terdapat beberapa nama pelkaon baru yang disebut akan menerajui musim kedua drama yang ditayangkan di OCN dulu. Antara yang meniti di bibir media ialah Oh Yeon-seon dan Jang Gyu-ri.

Respon agensi Oh Yeon-seo,

Oh Yeon-seo menerima tawaran untuk menyertai ‘Player 2’ dan sedang menelitinya. Dia dilamar untuk melakonkan watak Jung Soo-min.

Tambah mereka, sukar untuk memberikan komen lanjut mengenai watak itu kerana tiada apa yang ditentukan lagi.

jang gyuri oh yeonseo

Respon agensi Krystal mengenai wataknya yang ditawarkan untuk orang lain,

Krystal tidak akan muncul dalam ‘Player 2’.

Bukan itu sahaja, Jang Gyu-ri juga antara pelakon yang menerima tawaran untuk menyertai “Player 2”.

Untuk pengetahuan, “Player” ialah drama aksi mencuri wang di mana kesemua individu terbaik dalam pelbagai bidang seperti penipu, penggodam, pahlawan dan pemandu bekerjasama bagi mencuri wang yang diperolehi secara haram dari orang kaya. Pada musim lalu, pelakon seperti Song Seung-hun, Lee Si-eon, Krystal dan Tae Won-seok merupakan ‘wajah utama’ drama itu dan dipuji kerana memaparkan keserasian yang mengujakan.

Dalam pada itu, “Player 2′ akan memulakan penggambaran dalam separuh pertama tahun ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...