Ikuti Kami:

“Dia Bayarkan Makanan Saya” – Belanja Peminat Makan Di Restoran, Kebaikan Krystal Dipuji

“Dia Bayarkan Makanan Saya” – Belanja Peminat Makan Di Restoran, Kebaikan Krystal Dipuji

Untungnya peminat bila dapat berjumpa dengan artis kegemaran mereka.

Terbaru, seorang peminat telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan idola dan pelakon popular iaitu Jung Soo-jung atau lebih dikenali sebagai Krystal Jung.

Menerusi tweet yang dikongsi, peminat itu menulis bahawa dia meletakkan nota di meja makan Krystal dan mengatakan bahawa dia teruja untuk menantikan filem pelakon itu yang akan datang.

https://twitter.com/ustfkup/status/1589123087064530944?s=20&t=s5a6b2ewJ6PV_DAvcZvjKA

Kemudian, peminat berkenaan mendedahkan bahawa Krystal turut membayarkan makanannya dan dia hanya perlu membayar baki sebanyak 3,000 KRW sahaja. Tulis peminat,

Saya sangat teruja selepas memberikan nota itu dan sedang makan Hot pot apabila seorang pekerja tiba-tiba datang ke meja kami dan memberitahu kami seseorang telah membayarkan makanan kami. Saya seperti, ‘Apa?’ Ternyata, Soo-jung unnie telah membayar untuk kami. Adakah Jung Soo-jung baru sahaja menjamu saya makan?

Mengenai hal ini, agensi Krystal turut mengesahkan,

Selepas menyemak fakta, memang benar bahawa Jung Soo-jung membayarkan makanan peminatnya dan pulang.

Untungla Krystal belanja makan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...