Ikuti Kami:

Jessica Jung Kembali Ke Korea Demi Sambut Ulang Tahun Ke-29 Krystal Jung

Jessica Jung Kembali Ke Korea Demi Sambut Ulang Tahun Ke-29 Krystal Jung

Krystal Jung baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun!

Rata-rata dalam kalangan peminat pastinya menitipkan ucapan sempena ulang tahunnya. Namun, hadiah paling bermakna buat Krystal pada tahun ini, semestinya, kehadiran kakak tercinta, Jessica, ke Korea.krystal

Menerusi laman Instagram Jessica, dia memuat naik beberapa keping gambar bersama Krystal, menikmati makan malam bersama-sama. Mereka nyatanya terpisah sudah agak lama dek kerana kesibukan Jessica membuat promosi di China.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jessica Jung (@jessica.syj)

Jessica memuat naik gambar-gambar mereka berserta kapsyen,

Saya sempat meluangkan masa untuk hari lahir si kecil ini! 👧🏻💜🥂🎂🎁💋✨

Menerusi platform Weibo juga, Jessica sempat berkongsi rasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan Krystal.

Walaupun saya tidak banyak meluangkan masa bersama adik saya pada tahun ini, tapi saya sangat senang kerana dapat meraikan ulang tahun bersamanya! Selamat hari jadi si kecil saya!

jessica krystalAla comelnya dua beradik ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...