Jessica Jung sebelum ini mengembara ke negara China untuk melonjakkan namanya di sana. Apa perkembangan terbaru dia ya agak-agaknya?
Baru-baru ini beberapa keping gambar mesra Jessica Jung bersama seorang peserta program survival idola tersebut, Zhang Xinyi untuk berkongsi mengenai rutin kehidupan harian mereka. Turut dilihat dalam gambar tersebut, beberapa peserta lain seperti Wang Yixuan dan Zhang Li. Gambar mesra Jessica bersama rakan-rakannya berjaya meraih perhatian peminatnya apabila mereka turut teruja dan terus memberi sokongan terhadap perjalanan karier terbarunya. Rata-rata dalam kalangan peminat lega kerana Jessica berada dalam keadaan yang baik dan ceria disana.
Seronok tengak keadaan Jessica sekarang. Semoga segala latihan dan persiapan dia bersama kumpulannya akan berjalan dengan lancar.Semoga berjaya Jessica!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.