Ikuti Kami:

Jessica Jung Kembali Tonjolkan Bakat Dalam Program Survival Idola Di China

Jessica Jung Kembali Tonjolkan Bakat Dalam Program Survival Idola Di China

Sesiapa pun pasti amat mengenali Jessica Jung yang sebelum ini pernah membuat debutnya sebagai ahli Girls’ Generation pada 2007 namun mengundurkan diri pada 2014. Sejak itu, bukan sahaja bergerak solo sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ahli perniagaan dan pereka.

Terbaru, penyanyi Jessica Jung, bekas ahli Girls’ Generation, sedang bekerja keras untuk debut sebagai penyanyi di negara China. Jessica baru-baru ini memuat naik beberapa gambar di akaun rasmi Instagramnya dengan kapsyen “Ride the (wave) with me”.

Gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan Jessica sedang menyanyikan lagu tema “Riding the Wind” dalam satu program survival “Seungpoong Blue Red Devil 3”, yang merupakan sebuah program survival untuk debut semula kumpulan penyanyi China, yang menarik perhatian selepas berita kemunculan dirinya.

jessica jung

“Seungpoong Blue Jewel 3” adalah satu program uji bakat China di mana penyanyi wanita berusia 30-an dan lebih tua bersaing untuk debut semula sebagai satu kumpulan yang mempunyai 5 ahli. Musim lalu, Fay dan Jia dari kumpulan Miss A  dilihat muncul di dalam program tersebut dan berhaya maraih perhatian umum.

Kemana pun Jessica pergi, pasti dia akan berjaya menempah nama, betul tak? Teruskan menyokong Jessica okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...