Banyak betul pencapaian serta rekod yang telah dicipta oleh SEVENTEEN pada tahun ni.
Mengikut carta yang dikeluarkan oleh carta Hanteo pada 30 Oktober, jumlah keseluruhan jualan minggu pertama bagi album mini ke-11 SEVENTEEN iaitu “Seventeenth Heaven” adalah sebanyak 5,091,887 salinan. Di mana, album mini ini telah menjadi satu-satunya album yang berjaya terjual lebih daripada 5 juta salinan bagi minggu pertama dalam sejarah K-Pop.
SEVENTEEN terlebih dahulu telah menjual lebih 11 juta salinan album di Korea dari Januari sehingga September tahun ini, malah mereka juga telah digelar sebagai ‘Kumpulan 10 juta’.
Selain itu, mereka juga telah menjadi satu-satunya penyanyi yang berjaya menjual lebih 3 juta salinan pada hari pertama album itu dikeluarkan dan lebih 5 juta pada minggu pertama dengan album yang sama.
Dalam masa yang sama, album “Seventeenth Heaven” juga telah berjaya mendapat tempat pertama dalam carta album harian Oricon Jepun untuk empat hari berturut-turut dan album itu juga mendominasi carta tempatan Jepun.
Tidak ketinggalan, lagu utama album tersebut iaitu “God Of Music” turut menduduki carta pertama dalam carta muzik domestik utama Korea sejurus selepas dikeluarkan dan mereka juga telah mengekalkan tempat teratas dalam carta iTunes bagi 29 negara, termasuk Brazil, Filipina, Malaysia dan Singapura.
[ITUNES] SEVENTEEN – #GodOfMusic
#1 – Argentina 🇦🇷
#1 – Bolivia 🇧🇴 (NEW)
#1 – Brazil 🇧🇷
#1 – Chile 🇨🇱
#1 – Colombia 🇨🇴
#1 – Egypt 🇪🇬
#1 – El Salvador 🇸🇻
#1 – Hong Kong 🇭🇰 (NEW)
#1 – Indonesia 🇮🇩 (NEW)
#1 – Malaysia 🇲🇾
#1 – Paraguay 🇵🇾
#1 – Peru 🇵🇪
#1 – Philippines 🇵🇭
#1 -… pic.twitter.com/cnjstRxzDP— Worldwide Carats (@WorldwideCarats) October 23, 2023
Kumpulan yang dianggotai oleh 13 orang ahli ini juga menjadi kumpulan lelaki pertama yang menduduki carta pertama dalam carta 100 terbaik di Melon pada tahun ini.
Tahniah buat SEVENTEEN dan CARAT!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.