Ikuti Kami:

Berskala Besar, Muzik Video SEVENTEEN ‘God Of Music’ Dirakam Di Angkasa Lepas

Berskala Besar, Muzik Video SEVENTEEN ‘God Of Music’ Dirakam Di Angkasa Lepas

Biar betul?

Pada 23 Oktober, SEVENTEEN telah mengeluarkan muzik video terbaru mereka iaitu “God Of Music” sebagai sebahagian daripada album mini ke-11 mereka “Seventeenth Heaven”.

Muzik video yang berskala besar bertemakan festival itu telah dirakamkan di Budapest, Hungary dan ianya juga telah meraih perhatian peminat di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, ramai yang terkejut apabila mendapati bahawa terdapat satu babak di dalam video itu yang dirakamkan di angkasa lepas.

Babak yang diperkatakan ialah babak di penghujung video yang menunjukkan satu mikrofon sedang terapung di angkasa lepas.

seventeen mic

‘Sent into Space’ yang merupakan syarikat komersial jarak dekat angkasa lepas berkata,

Kami melancarkan mikrofon ke angkasa untuk MV ‘God Of Music’ dari kumpulan K-Pop SEVENTEEN. Malah, latar belakang dalam video tersebut bukanlah sebarang suntingan tetapi ianya ialah gambar sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sent Into Space (@sentintospace)

Dalam masa yang sama, disebabkan ramai yang tidak mempercayai perkara tersebut, salah seorang ahli SEVENTEEN iaitu Won-woo telah tampil memberikan penjelasan.

Dia berkata,

Ya memang benar mikrofon tersebut telah di hantar ke angkasa lepas.

wonwoo weverse

Video itu telah membuktikan bahawa banyak pelaburan yang telah dibuat bagi menjayakan projek kemunculan semula SEVENTEEN.

Menakjubkan betul kan? Korang dah tonton ke belum muzik video SEVENTEEN ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...