LE SSERAFIM Kini Berlima, HYBE Umum Kontrak Bersama Kim Garam Sudah Tamat
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Kim Ga-ram akhirnya dikeluarkan dari kumpulan? Biar betul…
Artikel Berkaitan
Baru-baru ini, HYBE Labels telah mengesahkan bahawa mereka secara rasminya menamatkan kontrak eksklusif bersama Kim Ga-ram daripada LE SSERAFIM.
Sebelum ini, Kim Ga-ram dikaitkan dengan pertuduhan membuli di sekolahnya menerusi platform atas talian. Akibat daripada pertuduhan itu, semakin banyak ‘bukti’ yang dipamerkan oleh individu kononnya mereka merupakan bekas rakan sekolah Kim Ga-ram.
Dek kerana itu juga, Kim Ga-ram mengumumkan tempoh hiatus 3 minggu sebelum tarikh debutnya. Namun, perkara itu kian menjumpai jalan keluar sehinggakan pihak sekolahnya terdahulu juga telah mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
HYBE Labels mengeluarkan kenyataan yang mana secara khususnya menamatkan kerjasama mereka bersama Kim Ga-ram.
[공지] 르세라핌 향후 활동 계획 안내 pic.twitter.com/OUZBSFgjeb
— SOURCEMUSIC (@SOURCEMUSIC) July 20, 2022
Kini, LE SSERAFIM akan meneruskan aktiviti berkumpulan mereka hanya dengan 5 orang ahli sahaja bermula hari ini.
Selesai pun isu ini…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




