Ikuti Kami:

HYBE Perjelas Tindakan Disiplin Dikenakan Pada Kim Garam Di Sekolah

HYBE Perjelas Tindakan Disiplin Dikenakan Pada Kim Garam Di Sekolah

Isu perdebatan mengenai perincian kes dan kesimpulan dari Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah ahli LE SSERAFIM Kim Ga-ram, di mana Kim Ga-ram sebelum ini dilabel sebagai pembuli dalam satu kes yang melibatkan konflik dengan rakan sekelasnya.

Terbaru HYBE Labels mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjelaskan perkara tersebut dari pihak Kim Ga-ram mengenai punca dia sebelum ini terlibat dalam sesi Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah semasa tahun pertama sekolah menengahnya.

Dalam kenyataan itu, agensinya mengesahkan bahawa Kim Ga-ram mempunyai rekod bahawa dia terlibat dalam kes Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah, tetapi isu itu timbul kerana Kim Ga-ram membela rakan sekelasnya, yang diambil gambar secara tidak wajar tanpa kebenaran. Kenyataan itu juga menekankan bahawa tiada keganasan fizikal yang berlaku dalam pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, menurut butiran rekod sesi Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah yang didedahkan oleh wakil undang-undang bekas rakan sekelas Kim Ga-ram, Yoo Eun-seo, sesi jawatankuasa itu diselesaikan selepas Kim Ga-ram menerima hukuman ‘darjah 5’ kerana penglibatannya sebagai pembuli dalam pergaduhan tersebut.

kim garam

Perincian ini mengejutkan ramai pihak, kerana umum mengetahui hukuman ‘darjah 5’ secara realistiknya adalah hukuman paling berat yang biasanya diberikan kepada penyerang kes buli sekolah oleh Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah. Apabila pelajar menerima hukuman ‘darjah 5’, mereka dikehendaki menghadiri 6 jam pendidikan khas keganasan sekolah. Bergantung kepada keputusan jawatankuasa, ibu bapa pelajar juga diwajibkan menghadiri sesi pendidikan tersebut.

Terbaru, seorang wakil HYBE Labels telah mengeluarkan ulasan tambahan berhubung isu Kim Ga-ram menerima hukuman ‘darjah 5’ kerana kes buli sekolahnya. Wakil HYBE Labels memberitahu media bahawa,

Jawatankuasa itu memberikan hukuman ‘darjah 5’ kepada Kim Ga-ram walaupun tiada keganasan fizikal yang terlibat. Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah tidak terdiri daripada mahkamah undang-undang, sebaliknya terdiri daripada ahli fakulti sebuah sekolah, dan oleh itu keputusan jawatankuasa berbeza setiap sekolah berdasarkan wilayah sekolah, dan juga jawatankuasa pengerusi.

Pada masa itu, ibu Kim Ga-ram mempercayai keputusan jawatankuasa sekolah bahawa hukuman itu adalah yang terbaik untuk anak perempuannya, jadi dia tidak merayu untuk menggugurkan keputusan itu. Bagaimanapun , ibu Kim Ga-ram kini amat kesal kerana dia tidak membuat rayuan terhadap hukuman itu. Dia percaya pada masa itu anak perempuannya akan mendapat manfaat daripada sesi pendidikan tersebut.

Isu Kim Ga-ram ni makin lama makin serius kan? Korang rasa patut ke tindakan yang diterima Kim Ga-ram? Cuba kongsi pendapat korang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...