Lisa BLACKPINK nampaknya sekali lagi membuktikan kepopularitiannya yang luar biasa!
Selepas meraih 9 juta keahlian pada 22 Oktober 2021, saluran YouTube peribadi Lisa BLACKPINK telah berjaya melepasi lebih 10 juta pengikut pada 11 Mei. Dengan jumlah yang mengagumkan ini, saluran YouTube Lisa ‘Lilifilm Official’ telah layak untuk menerima ‘Diamond Play Button’.
Selain itu, Lilifilm Official kini menduduki tempat ke-6 antara saluran YouTube idola K-pop yang paling banyak dilanggan, dan Lisa adalah satu-satunya penyanyi solo wanita yang tersenarai.
Dengan kejayaan hebat ini, peminat turut meraikan pencapaian tersebut dengan menggunakan hashtag #LILIFILM10MPARTY yang telah trending di Twitter pada pagi ini.
Tahniah Lisa!