Ikuti Kami:

“Layak Menang Anugerah” – Jadi Ibu Ada Kuasa, Lakonan Han Hyojoo Dalam ‘Moving’ Dipuji Penonton

“Layak Menang Anugerah” – Jadi Ibu Ada Kuasa, Lakonan Han Hyojoo Dalam ‘Moving’ Dipuji Penonton

Ada tak yang dah layan siri Disney+ “Moving”?

Bagi yang belum tahu, “Moving” yang diterajui Han Hyo-joo, Jo In-sung, Go Youn-jung dan Lee Jung-ha, adalah drama yang berkisar tentang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa ghaib dan bekas ibu bapa ejen rahsia, yang berusaha untuk menyembunyikan kebolehan luar biasa mereka.

Selepas 7 episod drama itu ditayangkan, penonton terus memuji lakonan luar biasa Han Hyo-joo sebagai seorang ibu Lee Mi-hyun, yang membesarkan anaknya Kim Bong-seok (Lee Jung-ha) dengan kuasa luar biasanya.

Selain itu, ada juga menyatakan bahawa Han Hyo-joo layak untuk menerima anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’ tahun ini, kerana berjaya menghidupkan wataknya dan meninggalkan impak hebat pada penonton.

Dengan perkembangan jalan cerita yang ‘laju dan terperinci’, penonton juga turut menyebut bagaimana 7 episod drama itu terasa seperti 20 minit, membuktikan “Moving” mempunyai plot yang menarik.

Sementara itu, “Moving” boleh ditonton di laman Disney+ kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...