Adakah Jung Hae-in dan Han Hyo-joo bakal menemui penonton dalam sebuah drama bersama?
Terbaru pada 19 Julai, majlis anugerah berprestij “Blue Dragon Series Awards 2023” telah berlangsung dan dihadiri oleh ramai pelakon hebat.
Khususnya, Jung Hae-in dan Han Hyo-joo turut tampil sebagai penyampai anugerah di situ, menarik perhatian ramai dengan chemistry mereka. Sebelum mengumumkan nama pemenang, pelakon wanita itu ada berkongsi,
Saya nak cuba berlakon melodrama lagi. Dah lama sejak kali terakhir.
Respon Jung Hae-in,
Betul. Sudah bertahun-tahun sejak saya berlakon melodrama juga. Saya nak cuba sekali lagi. Jadi kalau ada peluang, kita boleh jumpa dalam satu projek kan?
HAN HYOJOO AND JUNG HAEIN JUST SAID THEY WANT TO DO A MELODRAMA TOGETHER EVERYBODY WAKE UP pic.twitter.com/rt4wj5vFad
— pras (@hyovrse) July 19, 2023
Tambah Han Hyo-joo membuatkan ramai tersenyum,
Awak nampak ni kan? Sesiapa…(merujuk kepada penerbit/pengarah)
Semoga dapat tengok Jung Hae-in dan Han Hyo-joo berlakon bersama satu hari nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.