Ikuti Kami:

“Lapuk” – Baru 2 Episod, Dialog Lee Minho ‘When The Stars Gossip’ Dikecam Dek Perlekehkan Wanita

“Lapuk” – Baru 2 Episod, Dialog Lee Minho ‘When The Stars Gossip’ Dikecam Dek Perlekehkan Wanita

Baru-baru ini, K-Drama “When The Stars Gossip” yang menampilkan Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin sebagai pasangan utama, menayangkan dua episod awalnya.

Namun, naskhah ini terus menerima kritikan apabila netizen menumpukan perhatian kepada satu dialog watak utama (dilakonkan oleh Lee Min-ho), yang dituduh memperkecilkan wanita.

Khususnya, watak utama yang dilakonkan Lee Min-ho bekerja sebagai pakar obstetrik dan ginekologi, dan dibesarkan oleh makcik-makcik dari sebuah pub, di mana dia turut membantu dalam proses kelahiran bayi mereka.

Ketika menerangkan latar belakangnya, watak ini berkata,

Menghadiri kelas dan mendapat markah penuh untuk SAT, mendaftar di sekolah perubatan dan melihat rahim wanita setiap hari, melahirkan bayi setiap hari. Rahim makcik itu seperti alkohol, tetapi juga menenangkan. Mereka hangat, dan walaupun semua berkedut akibat merokok, payudara makcik-makcik itu sangat besar dan selamat.

lee minho gong hyojin

Melihat dialog ini, netizen Korea terkejut dan ianya lantas menjadi perbincangan hangat di laman komuniti Korea di mana ia menarik lebih 82,000 tontonan dan 654 komen. Berikut adalah beberapa komen daripada netizen Korea,

  • “Adakah sentimen seperti ini masih wujud pada tahun 2025?”
  • “Saya juga terkejut apabila mendengar dialog itu.”
  • “Dialog ini bukan dari tahun 2010-an, ia lebih seperti awal tahun 2000-an. Ia sangat kekanak-kanakan dan lapuk sehingga saya berhenti menonton selepas episod pertama.”
  • “Dari awal lagi, saya terkejut apabila mereka menyebut tentang rahim dan payudara???”

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...