Ikuti Kami:

Laporan Terkini, Yoo Ahin Disahkan Positif 7 Dadah Berbeza

Laporan Terkini, Yoo Ahin Disahkan Positif 7 Dadah Berbeza

Semakin lama kes dadah melibatkan Yoo Ah-in disiasat, semakin buruk bukti yang ditemui pihak polis.

Menurut laporan eksklusif media Korea, pelakon lelaki itu disahkan positif dua jenis dadah lagi dan secara keseluruhan pernah mengambil tujuh dadah berbeza sejak siasatan dimulakan.

Khabarnya, dua jenis lagi dadah yang dijumpai dalam badannya ialah Midazolam iaitu dadad yang digunakan sebagai bius atau untuk merawat gegaran melampau manakala Alprazolam ialah ubat penenang yang pantas bertindak yang digunakan untuk merawat masalah panik dan kerisauan.

yoo ahin

Sebelum ini, Yoo Ah-in disahkan positif lima dada berlainan iaitu propofol, ganja, ketamin, kokain dan zolpidem.

Walaupun waran tangkapnya dinafikan, namun kes itu telah dihantar ke pihak pendakwaan kini.

Hmmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...