Ikuti Kami:

“Lap Hingus Semua” – ‘Artis Paling Ikhlas’, Hos Dedah Kebaikan Song Jihyo Layan Peminat Malaysia

“Lap Hingus Semua” – ‘Artis Paling Ikhlas’, Hos Dedah Kebaikan Song Jihyo Layan Peminat Malaysia

Bukan sahaja nak sanjung tinggi tapi ada sebab mengapa Song Ji-hyo merupakan seorang selebriti Korea yang disayangi semua.

Dalam satu podcast bersama ‘The Takeaway Table’, pengacara yang sering menjadi hos untuk ramai artis Korea di Malaysia iaitu Natalie Chai telah memilih artis mana yang paling diingatinya.

Tanpa berlengah, wanita itu memilih Song Ji-hyo sebagai seorang yang paling baik dan ikhlas melayan peminatnya ketika acara Glutanex bersama Watsons di Malaysia pada awal tahun ini,

Peminatnya berpeluh, menangis dengan hingus semuanya, tapi dia guna tangan sendiri untuk mengelapnya. Dia membersihkan tangan selepas itu bukan kerana geli tapi dia mahu jaga kebersihan untuk orang seterusnya.

Jelas Natalie lagi,

Saya perasan semua ini. Semasa naik ke atas pentas, ada yang akan menjerit ‘Unni, saya mahu sekeping gambar bersama’. Dia dengar dan berkata, ‘Saya akan datang semula pada awak’. Kemudian selepas dua jam acara itu berlangsung, dia akan cari semula orang itu dan mengambil gambar bersamanya.

Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo juga sangat peka terhadap butiran kecil termasuklah tatu ’22’ di pergelangan Natalie. Ketika menandatangani autograf buat hos itu, dia turut menyelitkan nombor berkenaan menandakan yang dia perasaan cacahan angka tersebut.

song jihyo malaysia

Ucap hos itu pada akhirnya,

Tolong sokong Song Ji-hyo.

Beruntung jadi peminat Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...