Lancar Teaser Pertama, ‘The Glory’ Diterajui Song Hyekyo & Lee Dohyun Sah Tayang Disember Ini
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk drama baru Song Hye-kyo berjudul “The Glory”!
Untuk pengetahuan, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.
Selain itu, pelakon lain yang akan turut sama membintangi drama ini adalah Lee Do-hyun yang akan membawa watak utama lelaki Joo Yeo-jung, Lim Ji-yeon, Yum Hye-ran dan ramai lagi.
Terbaru, Netflix telah melancarkan video teaser pertama untuk “The Glory”, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan perdana untuk drama berkenaan iaitu pada 30 Disember ini.
Menerusi video teaser, Song Hye-kyo dilihat duduk bersendirian di bawah pokok bersulam, sambil menyatakan ‘Tidak akan ada pengampunan. Akibatnya, tidak akan ada kemuliaan juga’.
Jangan lupa tonton “The Glory” akan mula bersiaran pada 30 Disember ini di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




