Ikuti Kami:

Lancar Teaser Dokumentari, Ramai Berbunga Lihat Taeyang & Min Hyorin Berpelukan

Lancar Teaser Dokumentari, Ramai Berbunga Lihat Taeyang & Min Hyorin Berpelukan

Pejam celik pejam celik, sudah 5 tahun Taeyang dan Min Hyo-rin sama-sama memasuki alam perkahwinan.

Terbaru, video teaser untuk dokumentari Taeyang telah dikeluarkan, di mana lelaki itu dilihat menyanyikan lagunya “Seed” kepada isteri, Min Hyo-rin.

Dalam video itu, ahli BIGBANG tersebut menyanyi sambil tersenyum memandang ke arah isterinya yang cantik yang sedang duduk di hadapannya. Sweet sangat!

Selepas teaser itu dilancarkan, netizen rata-rata semakin teruja untuk menantikan keluaran dokumentari ini iaitu pada 12 Mei, untuk lihat kehidupan romantik Taeyang bersama isterinya.

Untuk pengetahuan, filem dokumentari “Down to Earth” akan merakamkan perjalanan muzik Taeyang sebagai artis solo, yang bersiap sedia untuk kemunculan semulanya dan pelbagai aktiviti.

Nantikan pada 12 Mei ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...